Tuesday, 1 May 2018

ANALISIS POSTER KUMPULAN 13


1.0              PENGENALAN
            Menurut Frank Jeffkins, penulisan kopi adalah seni penulisan kesan penjualan yang paling persuasive dan kuat. Manakala tulisan ini juga adalah aneka gaya dan pendekatan yang dihasilkan dengan cara kerja keras, melalui perancangan dan kerjasama dengan klien, staf legal, account executive. Peneliti, dan juga pengarah seni. Selain itu, wujud beberapa konsep perbezaan dalam pengetahuan umum penulisan kopi  ini, antaranya dari segi pengetahuan yang terbatas mengenai produk. Selain itu, wujud juga latar belakang pendidikan, budaya, agama, dan juga yang paling besar adalah dari segi pemahaman politik. Seterusnya, peningkatan keperluan yang sangat berbeza, manakala dari sudut pandangan seni pula wujud peningkatan apresiasi kepada seni yang sangat berbeza. Terakhir penggunaan sudut pandangan waktu, media dan juga waktu yang ingin ditayangkan dalam iklan ataupun poster.
            Frank Jeffkins juga jelas menyatakan bahawa penulisan kopi mempunyai beberapa unsur di dalamnya. Antaranya ialah unsur ( AIDCA), dalam unsur ini terdapat beberapa maksud di dalamnya iaitu untuk menarik perhatian sebagai contoh dalam poster harus ada unsur tarikan perhatian untuk menarik minat penonton terutamanya ayat yang digunakan dalam poster tersebut. Selain itu, untuk mencipta minat ataupun untuk menimbulkan minat dalam diri seseorang untuk melihat filem melalui poster yang dipasarkan.  Seterusnya unsur AIDCA juga membawa maksud memberi keyakinan terhadap pengkritik terutamanya orang sasterawan yang gemar untuk mengkritik hasil kerjaya seseorang. Manakala yang terakhir pula adalah untuk mempercepatkan aksi.
            Seterusnya, unsur penulisan kopi iaitu Rumus penulisan kopi yang menerangkan tentang unsur-unsur kata yang tersirat dalam poster itu adalah bersifat segera dan mudah untuk difahami oleh semua lapisan masyarakat. Selain itu juga unsur ini sama dengan unsur AIDCA di mana ianya untuk menarik perhatian penonton dan penyelidik. Seterusnya unsur ini juga untuk membawa ataupun untuk membangunkan imaginasi positif dalam setiap pemikiran masyarakat. Manakala yang terakhir pula ianya untuk memastikan poster yang dikeluarkan adalah lebih efektif dan juga efisien.
            Penulisan Kopi juga mempunyai gaya bahasa dan juga jenis yang tersendiri antaranya adalah eksploratif. Eksploratif membawa maksud ialah mengulas dengan lebih mendalam ataupun lebih teliti apa produk yang ingin dikeluarkan dan juga untuk menerangkan dengan lebih mendalam tentang produk yang ingin dipasarkan sebagai contoh poster yang dikeluarkan mempunyai kata-kata yang kuat iaitu yang lebih tepat dan juga benar. Selain itu, juga eksploratif juga membawa  maksud penggunaan kata-kata dalam satu produk tidak boleh memberi dua makna yang berbeza.
            Seterusnya, gaya dan juga jenis penulisan kopi yang kedua adalah naratif. Naratif ini membawa maksud menghuraikan ataupun dengan lebih jelas adalah menerangkan dari awal sehingga akhir tentang produk yang ingin dipasarkan dalam bentuk cerita. Manakala gaya bahasa yang digunakan untuk menerangkan  produk yang ingin dipasarkan adalah lebih menarik dan juga muda untuk difahami. Selain itu, pemilihan kata yang mengandungi unsur imaginasi untuk memastikan orang yang membaca atau melihat produk itu dapat membayangkan apa yang sebenarnya yang ingin disampaikan. Namun maksud dan juga apa yang ingin disampaikan haruslah tidak bercanggah dan juga tidak lari dari topik yang ingin disampaikan.

2.1       Sorotan Literatur Oleh Azdriana
            Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta. Sifat Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta. Cinta wujud sejak dilahirkan. Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
            Cinta Bersedia, bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai. Cinta Itu Indah. Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih. Cinta Itu Mengharap Balasan. Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.
            Cinta Itu Menakluki Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya. Cinta Itu Mengetahui Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
            Cinta Itu Hidup, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati. Cinta Itu Suci .Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
            Cinta Itu Mempesona. Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta. Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
            Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu, apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda? Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.”



2.2       Sorotan Literatur Oleh Suharyanto Arby
            Cinta menurut pandangan Islam merupakan kasih sayang yang terjalin antara sesama hamba Allah. Seperti halnya cinta manusia terhadap pencipta-Nya, cinta antara orang tua dengan anak dan sebaliknya, istri dengan suami dan sebaliknya, adek dengan kakak dan sebaliknya, sesama saudara, dan lain sebagainya. “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik.” (QS. Ali Imron : 14)
            Cara Islam Memandang Cinta. Bukanlah Allah telah menciptakan manusia untuk hidup berpasang – pasangan dan saling melengkapi antara satu dengan yang lainnya. Di dalam Al Quran terdapat firman Allah mengenai hal ini : “Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” (Ar-Ruum: 21) “Dan nikahkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (menikah) dari hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah Swt akan mengkayakan mereka. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) dan Maha Mengetahui.” (An Nur: 32) “Dan segala sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan, supaya kamu mengingat kebesaran Allah.” (Adz Dzariyaat: 49) Cinta menurut pandangan islam bisa dikatakan seperti halnya keimananan, yakni yang sudah diyakini dalam hati, kemudian diucapkan dengan lisan, dan juga sudah dibuktikan dengan perilaku.
            Diyakini dalam Hati. Maksudnya disini cinta itu bisa datang tapi bukan karena adanya dorongan nafsu belaka. Tetapi, cinta itu bisa datang karena ada iman dari dalam diri sehingga akan mengutamakan akhlak yang mulia dan juga tingkat ketaqwaan kepada Allah Swt. Pada dasarnya cinta yang berlandaskan nafsu tidak akan lama untuk bertahan, tidak mendatangkan kebahagiaan dan juga ketentraman dari dalam jiwa, melainkan hanya akan merasakan kesengsaraan serta suatu kehinaan yang berlangsung secara berkepanjangan.

·         Diucapkan dengan lisan
            Maksudnya disini cinta hanya akan diucapkan secara langsung kepada seseorang yang memang benar-benar kita cintai. Hal tersebut juga termasuk dalam kategori sunnah karena Rasulullah Saw sendiri memberikan anjuran untuk melakukannya.
Meskipun demikian tetap ada aturan mainnya, yakni rasa cinta yang kita rasakan hanya boleh diucapkan kepada seseorang yang memang sudah menjadi mukhrim (halal), sahabat atau teman yang shalih, dan yang perlu anda perhatikan serta menjadi hal paling penting ialah rasa sayang kepada orang tua.

·         Dibuktikan dengan perilaku
            Tanpa adanya bukti dan suatu tindakan yang nyata terhadap cinta yang kita rasakan, itu artinya kita tidak sungguh – sungguh mencintai seseorang. Karena Rasulullah saw sendiri pernah memberi suatu penjelasan bahwa apabila ada seorang laki-laki mengaku mencintai seorang perempuan, maka ia wajib segera melakukan niat baiknya tersebut dengan langsung melamarnya untuk dijadikan seorang istri.
            Hal yang demikianlah merupakan bentuk nyata dari sebuah pembuktian yang dilakukan karena adanya cinta. Apabila memang kita benar-benar sudah yakin menyukainya, segerakanlah untuk  menikahinya.
            Namun jika belum merasa mampu untuk melaksanakannya, maka sebaiknya sementara waktu berpuasa atau menahannya, yakni dengan cara mengontrol hawa nafsu dan rasa cintai yang ada dengan berdiam terlebih dahulu. Semua itu dilakukan hanya demi menjaga kesucian diri kita sendiri dan juga khususnya kesucian wanita yang kita cintai.
Cinta yang sesungguhnya bukanlah sebuah kata yang murah dan tidak bisa dianggap lumrah untuk diucapkan dari mulut satu ke mulut lainnya. Namun cinta sendiri merupakan suatu anugerah dari Allah Swt yang akan terasa sangat indah dan tentu saja suci apabila manusia itu sendiri bisa menganggapnya sebagai nilai dari suatu kesucian.
            Islam sendiri sangat menjaga dan menghargai arti dari kesucian cinta, sehingga di dalamnya tidak ada ajaran atau pun istilah melakukan pacaran terlebih dahulu. Sebenarya tidak perlu melakukan pacaran, karena pada dasarnya jodoh memang sudah diatur oleh Allah Swt.
            Yang menjadi poin utama ialah kita melakukan introspeksi dan menata diri kita sendiri untuk menjadi seorang pribadi yang tentunya lebih baik, dan selanjutnya insya Allah jodoh yang kita inginkan pun akan baik. Allah Swt akan memberikan kepada kita seorang pasangan yang selaras dengan diri kita. Apabila kita ingin mendapatkan pasangan yang baik, maka berusahalah untuk menjadi pribadi yang baik. Hal ini seperti pada penjelasan firman Allah yang ada di Al Quran berikut ini :
            “Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (surga).” (QS An-Nur : 26)
            Adapun jika pasangan yang kita dapatkan ternyata buruk dan tidak sesuai dengan apa yang dibayangkan, maka itu semua merupakan suatu ujian bagi diri kita untuk menjadi hamba-Nya yang bisa selalu bersabar dan juga selalu bersyukur.
Karena bagi mereka yang mampu untuk bersabar dan juga bersyukur, maka merekalah yang layak mendapatkan kenimatan hidup di surga. Cinta dikatakan baik apabila mampu membuatmu menjadi pribadi yang lebih baik dibandingkan sebelumnya. Jika cinta yang didapatkan ternyata justru membuat hidupmu menjadi semakin memburuk, maka kita tidak perlu khawatir bahkan takut untuk membiarkannya pergi.
            Yang menjadi harapan ialah jika kita sedang merasakan jatuh cinta, maka cintakanlah kita wahai Allah Swt kepada seseorang yang mempunyai kemantapan hati melabuhkan cintanya hanya kepada-Mu sehingga nantinya akan bisa membantu menambah kekuatanku dalam upaya untuk mencintai-Mu.
Selanjutnya lindungi dan jaga rasa cintaku ini untuknya agar level tersebut tidak melebihi rasa cintaku kepada-Mu. Semoga kita semua termasuk dalam golongan hamba-hamba Allah yang sanggup dan mampu untuk menjaga kesucian diri sendiri dengan berlandaskan agama dan tentunya menjunjung tinggi semua aturan mengenai cinta dalam islam yang sudah ditetapkan sesuai dengan porsinya masing – masing.
            Selalu ingatlah dan peringatkan kepada diri kita bahwa cinta sejati itu sesungguhnya hanyalah milik Allah Swt Pencipta alam semesta. Cinta kepada manusia secara berlebihan hanya akan membuat goresan luka yang teramat dalam, maka untuk itu landaskanlah cinta antar manusia hanya karena Allah.
Cinta karena Allah yang seperti inilah merupakan sebuah cinta yang nantinya akan membuatmu menjadi semakin dekat dengan Allah Swt. Dengan demikian cinta seseorang yang hidup bersamamu akan bisa merasakan dan mencicipi keindahan serta manisnya sebuah keimanan.
            Pada saat cinta mulai hadir dan hal itu hanya muncul sebagai sebuah rasa sakit semata, maka hal tersebut berarti belum bisa dikatakan sebagai sebuah cinta sejati. Karena jika cinta sejati memang benar-benar hadir di kehidupan kita, maka hanyalah sebagai suatu kebahagiaan yang terasa sangat indah.
            Selanjutnya carilah cinta jika kita sudah bersamanya maka secara otomatis akan bertambah keimananmu, kemuliaan serta kehormatan dirimu sendiri. Jatuhkan dan labuhkan cintamu hanya kepada seseorang yang memang layak, mampu dan juga siap untuk menerimanya.
            Setelah itu jangan biarkan cintamu berlabuh dan jatuh kepada orang yang memang belum layak, mampu dan siap sehingga hal yang buruk bisa terjadi seperti contohnya jatuh ataupun pecah menjadi berkeping-keping di hatimu.
Dapat diambil kesimpulan bahwa artikel mengenai cinta menurut pandangan Islam di atas yang diulas secara detail dan dikemas dengan menarik, diharapkan bisa membantu memudahkan dalam mempelajari serta memahaminya lebih dalam lagi.
            Sehingga nantinya mungkin bisa dijadikan sebagai bahan referensi yang bisa diterapkan dalam kehidupan sehari –hari dan menambah wawasan bagi anda.







2.3       Sorotan Literatur Oleh Syahidulhaq
            Cinta adalah emosi yang berawal dari rasa kasih sayang yang sangat kuat dan ada ketertarikan pada suatu objek, bisa manusia, hewan, tumbuhan, dan berbagai macam benda lainnya. Cinta itu akan menyebabkan kamu memiliki rasa untuk empati, perhatian, kasih sayang, dan cenderung ingin berkorban dan selalu ingin mengikuti apapun yang diinginkan oleh objek yang dicintai. Sebenarnya cinta itu sendiri sangatlah susah untuk didefinisikan, karena cinta itu merupakan sifat yang subjektif dan setiap orang pastinya memiliki penjelasan yang berbeda-beda, itu tergantung dari pengalaman yang pernah dialami dan cara menghayatinya. Tetapi, umumnya cinta itu merupakan sebuah perasaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada sepasang manusia agar mereka saling memiliki, saling mengerti, saling memenuhi dan saling mencintai.
            Karena kita sebagai manusia, maka definisi apa itu cinta tidak jauh dari perasaan seseorang terhadap lawan jenisnya karena ketertarikan terhadap sesuatu. Sesuatu disini maksudnya bisa melalui wajah, sifat atau lainnya. Pada umunya juga, perasaan cinta itu diungkapkan kepada, Keluarga, Teman-teman, Kekasih yang lawan jenis, Sesama manusia, Terhadap dirinya sendiri, Terhadap agamanya, Terhadap sebuah konsep tertentu, Terhadap negaranya, dan masih banyak lagi
            Seperti yang disebutkan diatas bahwa cinta itu tidak bisa dijelaskan begitu saja, akan ada banyak sekali definisi dari cinta. Tetapi ada juga yang menyetujui tentang apa itu cinta yang sebenarnya. Cinta itu merupakan karunia Allah SWT yang diberikan kepada sepasang manusia agar saling memiliki, saling memenuhi ketika ada yang kurang, saling pengertian dan tentu saja saling mencintai. Cinta adalah perasaan seseorang terhadap lawan jenis, penyebab ketertarikan tersebut karena ada sesuatu yang dimiliki oleh lawan jenis tersebut (seperti wajah, sifat dan lainnya). Cinta itu merupakan sebuah perasaan yang hangat sehingga membuat kamu sadar bahwa berharganya kamu, sehingga kita juga sadar ada berharga juga yang harus dilindungi. Rasa cinta tidak ada yang tahu kapan dia datang dan kapan dia pergi, bahkan sang pemilik perasaan tersebut. Cinta itu banyak sekali artinya, yang penting adalah bagaimana kamu menempatkan rasa cinta itu dalam kehidupan sehari-hari.
            Arti Cinta dalam Ilmu Psikologi. Dalam ilmu yang resmi yaitu psikologi, cinta itu dibagi menjadi 3 bagian yaitu cinta karena nafsu, cinta pragmatis dan altruistik. Cinta Karena Nafsu Cinta itu mengakibatkan ada perasaan yang membuat kamu tidak bisa mengontrol emosi, sehingga emosi tersebut mengontrol akal sehat seseorang yang menyebabkan terjadinya kelakuan-kelakuan secara spontan hasil dari rangsangan emosi yang berlebihan. Cinta Pragmatis Cinta pragmatis adalah cinta yang menyeimbangkan antara dua orang, rasa suka maupun duka menjadi penyeimbang rasa cinta. Cinta Altruistik Cinta ini terjadi biasanya antara seorang ibu dengan anaknya, antara rasa cinta disertai dengan rasa kasih sayang yang tidak ada batasnya. Walaupun ibu kita selalu terlihat kesusahan mengurusi kita, tetapi dia tetap sayang kepada kita. Cinta ini datang dari rasa emosional dan rasional, cinta ini tidak bisa diperkirakan kedatangannya. Permisalan lainnya adalah rasa cinta yang datang karena pandangan pertama, walaupun kamu belum tentu bisa memilikinya bahkan membuatnya bahagia tetapi kamu masih dapat mencintainya.
Beliau Syeikh Buty Rahimahullah menjawab:                                                                             
Cinta itu adalah perasaan yang masuk dalam hati tanpa sengaja, persis seperti lapar, haus dan perasaan lainnya, perasaan seperti itu tidak masuk dalam halal-haram, selama tidak ada implementasi dengan tindakan-tindakan negatif.”















2.4       Sorotan Literatur Oleh Busyar Mustpha
            Basyar Mustapha sedar anak muda dan perasaan cinta tidak dapat dipisahkan, tetapi perlu mengenali dan jelas mengenainya. Kita semua tahu cinta itu satu aspek yang besar dalam hidup. Tidak kiralah apa latar belakang kita, perasaan cinta itu wujud dalam diri dan memainkan peranan besar. Tanpa perasaan kepada insan lain tidak kiralah keluarga atau pun individu lain, ada yang membayangkan kita bagaikan makhluk yang bernyawa, namun tidak sempurna jiwanya. Namun, apa itu cinta sebenar dan apakah yang membuatkan cinta anda dalam landasan betul. Mungkin pandangan dikumpulkan daripada beberapa pakar motivasi dan ahli falsafah ini dapat merungkainya.

·         Cinta bukan Manipulasi
Cinta tidak bererti kita boleh mengambil kesempatan ke atas orang lain. Jika kita mencintai seseorang atau dia mencintai kita, tidak perlu memaksa mereka melakukan sesuatu di luar kemampuan atau kehendak mereka. ‘Kalau awak cinta saya awak kena buat itu atau ini...’ salah satu petanda ia bukan cinta ikhlas.

·         Perlu berpura-pura
Orang yang benar-benar mencintai kita boleh menerima diri kita seadanya dan tidak mahu kita berubah fizikal atau pegangan hidup mengikut acuannya. Adaptasi, cuba memahami dan ikut rentak itu boleh tetapi bukan sesekali berubah menjadi orang lain yang bukan diri kita sendiri dan melakukan perkara bukan kemahuan kita.

·         Keganasan
Perasaan kasih sayang, rajuk dan cemburu adalah biasa dalam bercinta namun ia bukan tiket untuk kita atau si dia melakukan kekerasan apatah lagi keganasan kepada pasangan. Sama ada penderaan emosi apatah lagi fizikal, jika berlaku dalam percintaan, ia bukan cinta yang betul dan perlu dijauhi.

·         Dikuasai nafsu
Tarikan fizikal itu lumrah dalam cinta dua insan bukan mahram namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk menjadi teras dalam hubungan. Cinta bukan berlandaskan nafsu semata-mata kerana ia bukanlah segala-galanya. Kita perlu tahu adakah hubungan itu berdasarkan nafsu semata-mata atau kasih sayang ikhlas dan komitmen sebelum terus melaluinya.

·         Cinta itu ambil berat
            Cinta adalah apabila kita mengambil berat terhadap individu lain tidak kiralah kekasih mahupun keluarga. Kita mahu sentiasa tahu adakah mereka dalam keadaan yang baik dan ikhlas. Ada untuk mereka tanpa mengharapkan sebarang balasan yang akan diberi kemudian.
Perasaan suka
            Kita tidak boleh menipu dengan mengatakan cinta namun tidak ada perasaan suka apabila bersama dengan si dia. Apabila kita suka berada di sisinya dan tidak perlu menggunakan nafsu semata-mata, ia sudah cukup membuatkan kita bahagia dan tidak mencari cinta daripada individu lain

·         Komitmen
            Cinta hadir dengan komitmen. Komitmen untuk membuat sesama sendiri bahagia dan melalui peristiwa susah dan senang bersama. Ia menunjukan kita setia bersama pasangan, meluangkan masa dan tenaga untuk membuat masing-masing bahagia walaupun banyak dugaan.

·         Penerimaan
            Menerima diri sendiri dan orang lain seadanya adalah kunci utama dalam hubungan cinta sebenar. Setiap insan adalah berbeza pendirian dan karakternya. Jika kita benar-benar cintakan pasangan, kita dapat menerima sisi negatif mereka dan sama-sama berubah kepada yang lebih baik tanpa kompromi jati diri sendiri.









             BAHASA DAN TEXT
            Seterusnya, bahasa yang digunakan dalam poster filem Puntianak Harum Sundal Malam II, adalah Adobe Gothic Std B (size 20) dan Times New Roman (size 11) bahasa ini digunakan dengan tujuan untuk menekankan pelakon utama yang digunakan. Selain itu, bahasa yang digunakan bahagian Nama Pengarah, adalah Adobe Fan Heiti Std B (size 12), bagi menunjukkan pengarah. Manakala, untuk bahagian tajuk mereka menggunakan bahasa Adobe Devanagari (size 72) dan Adobe Gothic Std B (size 20) bagi menekankan Tajuk Utama & menekankan keseraman cerita tersebut.
WATAK DAN PERWATAKAN
a)      Watak utama ( Maya Karin)
            Jika melihat poster dan juga filem seram Pontianak harum sundal malam 2 ini jika tidak teliti menonton filem seram, kita pasti tertanya-tanya siapakah Maria sebenarnya. Maria umurnya lebih muda dari Norman dan Ana, cucu kepada Marsani. Sewaktu adegan Laila mengajar seorang anak kepada Mariam menari gamelan ada seorang anak kecil di tepid an itulah Maria. Manakala jika merujuk kepada poster yang dikaji pula Maria adalah anak kepada Mariam yang telah mati dibunuh oleh Marsani akibat dari nafsu Marsani yang merasuk dan memaksanya untuk memperkosa Mariam sehingga mereka bergelut dan Mariam ditikam dan semua hartanya dibawa lari.
            Melihat pada poster seram Pontianak harum sundal watak yang dibawa oleh maya Karin sangat jelas di mana watak beliau adalah seorang Pontianak yang ingin membalas dendam kepada keluarga Marsani dan mengambil semula hak dan harta serta keluarganya yang telah lama terpisah. Selain itu juga berdasarkan dengan poster yang dipaparkan juga maya menginginkan anaknya semula yang dia kandungkan dan menyangka anaknya mati dibunuh malah badan yang Mariam rasuk itu adalah anaknya sendiri tanpa dia sedari.
            Pontianak atau Mariam mula merasuk setelah kuburnya diganggu dengan kerja pembinaan dan mulalah cerita Pontianak Harum Sundal Malam yang mahu menuntut haknya. Haknya yang telah dirampas oleh Marsani secara paksa. Tanah dan rumah pusakanya yang telah diberikan kepada Norman dan Ana serta barang-barang peninggalan Danial kepadanya. Pontianak juga mengamuk kerana memperjuangkan nasib rakan-rakan dan suaminya yang telah dibunuh dengan kejam angkara Marsani.[1]
b)     Expresi Wajah, Manusia
            Berdasarkan poster yang dirujuk raut waja yang ditonjolkan adalah waja yang mara dan menyeramkan dalam raut waja yang ditonjolkan juga tiada menunjukan raut waja yang senyum mahupun senyuman sinis namun hanya menonjolkan raut waja yang sangat mara untuk membalas dendam sahaja.
c)      Watak Haiwan
            Dalam poster yang ditonjolkan ada kelihatan sedikit bayangan watak haiwan yang digunakan iaitu watak “Kuda” hal ini di mana watak kuda ini ditonjolkan dalam filem atau poster ini kerana dalam filem yang kedua Pontianak harum sundal malam ini kuda merupakan symbol utama dan juga ianya dijadikan satu objek yang membantu untuk memberi kekuasaan kepada watak yang menggunakannya.
d)     Barisan Watak Dalam Filem Pontianak Harum Sundal Malam.
Nama
Pelakon
Ringkasan
Maria
Watak pontianak.
Meriam
Watak ibu
Watak anak
Zali/Joyo
Asmadi
Bayang
Ana
Laila
Tok Guru
Zahim Albakri
Tok Selampit
Zai
Haiza
Purnama

BUSANA






Gambar 1: Perhiasan
           
            Melalui filem pontianak Harum Sundal Malam 2 memaparkan cara pemakaian kostum  tradisional dana berlatarkan tahun 90-an. Antaranya ialah pemakaian busana Kuda Kepang. Menurut sejarah perkembangan kuda kepang di Malaysia khususnya di Johor, kesenian kuda kepang telah dibawa oleh penduduk yang berketurunan Jawa di Indonesia semasa berhijrah ke negara ini. Selain membawa kesenian kuda kepang, mereka juga membawa kebudayaan dalam bentuk pakaian Jawa.
            Pakaian tersebut digunakan sebagai kostum asas kepada persembahan kuda kepang.  Pakaian penari kuda kepang menggunakan pakaian tradisional Jawa kuno seperti lengkap memakai ketopang atau tanjak dan memakai kain samping. Manakala seluar bagi penari dijahit dengan menggunakan kain kempun iaitu batik jawa. Pada masa kini, tengkolok yang digunakan oleh penari kuda kepang menggunakan dua jenis tengkolok iaitu tanjak jawa mahupun tanjak Melayu. Kedua-dua tanjak ini dapat dibezakan melalui cara mengikatnya.

4.0       PERALATAN DALAM POSTER




 









            Elemen kuda kepang yang digambarkan dalam poster Pontianak Harum Sundal Malam adalah gabungan dari Jogjakarta, Indonesia dan tempatan. Permainan kuda kepang ialah tarian pahlawan berkuda yang merupakan kesenian asli Indonesia yang berasal dari Jawa, Indonesia. Asal mula kesenian ini adalah bentuk dukungan rakyat atas perjuangan para Pahlawan dalam mengusir penjajah Belanda yang menindas rakyat Indonesia.
            Kemudian kesenian ini tersebar dibawa oleh penghijrah ke Tanah Melayu. Permainan ini kini merupakan salah satu permainan rakyat di Indonesia, Singapura dan Malaysia, khususnya di negeri Johor dan biasa dimainkan di majlis perkahwinan atau di majlis keramaian. Tarian ini juga sering dimainkan di Jawa ketika acara sambutan perayaan, majlis perkahwinan, perayaan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Indonesia dan di karnival. Ia sering juga diadakan perlumbaan antara perkumpulan tari, baik perkumpulan Tari Reog mahupun Tari Jaranan Pegon yang masing-masing di dalamnya mempunyai tarian kuda kepang, atau sering juga disebut kuda lumping.
            Daripada ini, penggunaan kuda kepang dalam poster filem digunakan kerana jalan cerita tersebut kebanyakan menggunakan kuda kepang. Adegan ini dapat dilihat melalui tarian yang digerakkan oleh Marsani. Hampir setiap babak tarian kuda kepang ditunjukkan. Selain itu,  peralatan yang digunakan adalah gamelan. Gamelan juga menjadi peralatan utama selain kuda kepang. Di mana, gamelan merupakan alatan yang berperanan atau menghidupkan lagi jalan cerita filem tersebut. Terakhir, peralatan menjadi penggerak kepada cerita tersebut adalah aksesori tradisi yang menjadi lambang adat dan keturunan dalam watak utama.










                                                                                                                      

No comments:

Post a Comment

NURFADHILAH BINTI HABIBUL BA15161041

PUISI-PUISI GRAFIK KATA KATA HIKMAH BERITA RABU,  25 April 2018   – Kota Kinabalu: Sebanyak RM5 juta bajet  Kerajaan negeri d...