Tuesday, 1 May 2018

ANALISIS FILEM KUMPULAN 13




Poster Filem Kajian









1.0       BAHASA DAN TEXT
            Seterusnya, bahasa yang digunakan dalam poster filem Puntianak Harum Sundal Malam II, adalah Adobe Gothic Std B (size 20) dan Times New Roman (size 11) bahasa ini digunakan dengan tujuan untuk menekankan pelakon utama yang digunakan. Selain itu, bahasa yang digunakan bahagian Nama Pengarah, adalah Adobe Fan Heiti Std B (size 12), bagi menunjukkan pengarah. Manakala, untuk bahagian tajuk mereka menggunakan bahasa Adobe Devanagari (size 72) dan Adobe Gothic Std B (size 20) bagi menekankan Tajuk Utama & menekankan keseraman cerita tersebut.

2.0       WATAK DAN PERWATAKAN
a)      Watak utama ( Maya Karin)
            Jika melihat poster dan juga filem seram Pontianak harum sundal malam 2 ini jika tidak teliti menonton filem seram, kita pasti tertanya-tanya siapakah Maria sebenarnya. Maria umurnya lebih muda dari Norman dan Ana, cucu kepada Marsani. Sewaktu adegan Laila mengajar seorang anak kepada Mariam menari gamelan ada seorang anak kecil di tepid an itulah Maria. Manakala jika merujuk kepada poster yang dikaji pula Maria adalah anak kepada Mariam yang telah mati dibunuh oleh Marsani akibat dari nafsu Marsani yang merasuk dan memaksanya untuk memperkosa Mariam sehingga mereka bergelut dan Mariam ditikam dan semua hartanya dibawa lari.
            Melihat pada poster seram Pontianak harum sundal watak yang dibawa oleh maya Karin sangat jelas di mana watak beliau adalah seorang Pontianak yang ingin membalas dendam kepada keluarga Marsani dan mengambil semula hak dan harta serta keluarganya yang telah lama terpisah. Selain itu juga berdasarkan dengan poster yang dipaparkan juga maya menginginkan anaknya semula yang dia kandungkan dan menyangka anaknya mati dibunuh malah badan yang Mariam rasuk itu adalah anaknya sendiri tanpa dia sedari.
            Pontianak atau Mariam mula merasuk setelah kuburnya diganggu dengan kerja pembinaan dan mulalah cerita Pontianak Harum Sundal Malam yang mahu menuntut haknya. Haknya yang telah dirampas oleh Marsani secara paksa. Tanah dan rumah pusakanya yang telah diberikan kepada Norman dan Ana serta barang-barang peninggalan Danial kepadanya. Pontianak juga mengamuk kerana memperjuangkan nasib rakan-rakan dan suaminya yang telah dibunuh dengan kejam angkara Marsani.[1]
b)     Expresi Wajah, Manusia
            Berdasarkan poster yang dirujuk raut waja yang ditonjolkan adalah waja yang mara dan menyeramkan dalam raut waja yang ditonjolkan juga tiada menunjukan raut waja yang senyum mahupun senyuman sinis namun hanya menonjolkan raut waja yang sangat mara untuk membalas dendam sahaja.
c)      Watak Haiwan
            Dalam poster yang ditonjolkan ada kelihatan sedikit bayangan watak haiwan yang digunakan iaitu watak “Kuda” hal ini di mana watak kuda ini ditonjolkan dalam filem atau poster ini kerana dalam filem yang kedua Pontianak harum sundal malam ini kuda merupakan symbol utama dan juga ianya dijadikan satu objek yang membantu untuk memberi kekuasaan kepada watak yang menggunakannya.
d)     Barisan Watak Dalam Filem Pontianak Harum Sundal Malam.
Nama
Pelakon
Ringkasan
Maria
Watak pontianak.
Meriam
Watak ibu
Watak anak
Zali/Joyo
Asmadi
Bayang
Ana
Laila
Tok Guru
Zahim Albakri
Tok Selampit
Zai
Haiza
Purnama


3.0       BUSANA



 






Gambar 1: Perhiasan
           
            Melalui filem pontianak Harum Sundal Malam 2 memaparkan cara pemakaian kostum  tradisional dana berlatarkan tahun 90-an. Antaranya ialah pemakaian busana Kuda Kepang. Menurut sejarah perkembangan kuda kepang di Malaysia khususnya di Johor, kesenian kuda kepang telah dibawa oleh penduduk yang berketurunan Jawa di Indonesia semasa berhijrah ke negara ini. Selain membawa kesenian kuda kepang, mereka juga membawa kebudayaan dalam bentuk pakaian Jawa.
            Pakaian tersebut digunakan sebagai kostum asas kepada persembahan kuda kepang.  Pakaian penari kuda kepang menggunakan pakaian tradisional Jawa kuno seperti lengkap memakai ketopang atau tanjak dan memakai kain samping. Manakala seluar bagi penari dijahit dengan menggunakan kain kempun iaitu batik jawa. Pada masa kini, tengkolok yang digunakan oleh penari kuda kepang menggunakan dua jenis tengkolok iaitu tanjak jawa mahupun tanjak Melayu. Kedua-dua tanjak ini dapat dibezakan melalui cara mengikatnya.



4.0       PERALATAN DALAM POSTER
            Elemen kuda kepang yang digambarkan dalam poster Pontianak Harum Sundal Malam adalah gabungan dari Jogjakarta, Indonesia dan tempatan. Permainan kuda kepang ialah tarian pahlawan berkuda yang merupakan kesenian asli Indonesia yang berasal dari Jawa, Indonesia. Asal mula kesenian ini adalah bentuk dukungan rakyat atas perjuangan para Pahlawan dalam mengusir penjajah Belanda yang menindas rakyat Indonesia.
            Kemudian kesenian ini tersebar dibawa oleh penghijrah ke Tanah Melayu. Permainan ini kini merupakan salah satu permainan rakyat di Indonesia, Singapura dan Malaysia, khususnya di negeri Johor, dan biasa dimainkan di majlis perkahwinan atau di majlis keramaian. Tarian ini juga sering dimainkan di Jawa ketika acara sambutan perayaan, majlis perkahwinan, perayaan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Indonesia dan di karnival. Ia sering juga diadakan perlumbaan antara perkumpulan tari, baik perkumpulan Tari Reog mahupun Tari Jaranan Pegon yang masing-masing di dalamnya mempunyai tarian kuda kepang, atau sering juga disebut kuda lumping.
            Daripada ini, penggunaan kuda kepang dalam poster filem digunakan kerana jalan cerita tersebut kebanyakan menggunakan kuda kepang. Adegan ini dapat dilihat melalui tarian yang digerakkan oleh Marsani. Hampir setiap babak tarian kuda kepang ditunjukkan. Selain itu,  peralatan yang digunakan adalah gamelan. Gamelan juga menjadi peralatan utama selain kuda kepang. Di mana, gamelan merupakan alatan yang berperanan atau menghidupkan lagi jalan cerita filem tersebut. Terakhir, peralatan menjadi penggerak kepada cerita tersebut adalah aksesori tradisi yang menjadi lambang adat dan keturunan dalam watak utama.

Gambar 2: Kuda Kepang

Gambar 3: Gamelan

5.0       LATAR BELAKANG TEMPAT
            Berdasarkan poster Pontianak Harum Sundal Malam, latar belakang yang digunakan  menggunakan latar belakang suram dan agak gelap di mana ia menunjukkan bahawa filem yang bakal ditayangkan adalah seram. Penggunaan latar belakang yang suram menimbulkan kesan kepada penonton-penonton. Penonton mendapat tahu penggunaan latar belakang yang suram merupakan filem yang seram.
            Lokasi yang banyak digunakan dalam filem Pontianak harum sundal malam mengambil latar Kampung Paku Laris pada tahun 1947,  sekitar 20 tahun kemudiannya di tempat yang dinamakan Kampung Tepian Tersorok, tempat kaum kerabat Meriam melarikan diri daripada Marsani. Penggambaran  masa yang banyak digunakan adegan pada waktu malam.
            Lebih 60 peratus adegan pada waktu malam. Manakala, penggunaan masa selalunya penggambaran mengambil masa sehingga pukul empat pagi dan penggambaran juga mengambil masa sehingga pukul empat dan kadangkala sehingga pukul tujuh pagi. Secara keseluruhan, latar belakang dalam filem juga mempengaruhi dalam poster

6.0       SIMBOL DALAM POSTER





Simbol dalam poster merupakan elemen yang amat penting. Simbol memainkan peranan untuk menarik perhatian orang ramai melihat poster yang dihasilkan kerana dengan adanya simbol maka unsur emosi dapat disampaikan kepada klien. Oleh itu, antara simbol yang terdapat dalam poster ialah reka bentuk abjad, nombor, warna dan garisan. Setiap simbol ini mempunyai fungsi yang tersendiri.
            Reka bentuk yang terdapat dalam filem inilah grafik. Penghasilan grafik amat menonjol dan menarik perhatian untuk melihat poster dengan lebih jelas lagi agar dapat memahami konseptual yang ingin disampaikan dalam filem demikian berdasarkan poster.
            Abjad dan nombor yang terdapat dalam poster ini ialah “Pontianak Harum Sundal Malam 2” yang ditulis dalam bentuk Adobe Gothic Std B, Times New Roman dan Adobe Fan Heiti Std B. Jenis fon tulisan abjad dan nombor amat penting untuk mempengaruhi fikiran setiap masyarakat yang melihatnya khususnya dalam poster filem. Pereka poster sengaja meletakkan jenis fon demikian kerana mudah dan senang dibaca tulisannya.
            Warna pula ialah warna putih dan warna emas keperangan. Putih digambarkan dalam pakaian watak hantu yang mana ia adalah lambang orang yang sudah meninggal. Manakala warna emas keperangan menunjukkan unsur harta pusaka. Oleh itu, amat jelas dilihat dalam poster ini berkaitan dengan hantu dan harta pusaka yang relatif dalam sebuah penuntutan atau penindasan yang berlaku.
            Garisan pula ialah simbol jalinan yang menampakkan emosi yang terdapat dalam filem atau poster tersebut. Garisan yang terdapat dalam poster ini ialah memancar. Garisan memancar ini selalunya dikaitkan dengan pancaran matahari. Pancaran matahari pula sering kali dirujuk sebagai kemarahan berdasarkan bahangnya yang dipancarkan ke atas bumi. Oleh itu, dapat dilihat dalam poster ini yang menunjukkan emosi atau perasaan kemarahan dan dendam oleh seseorang watak yang terdapat dalam filem.





7.0       BAGUNAN-RUMAH, PEJABAT ETC
            Berdasarkan dengan poster yang ditunjukkan memaparkan bahawa kawasan tempat yang dipaparkan adalah di kawasan hutan dan juga di kawasan perkampungan yang begitu suram dan gelap.

8.0       UNSUR KEKAGUMAN

            Unsur kekaguman merupakan suatu yang amat menakjubkan dalam poster filem. Perkara yang menakjubkan dalam poster ini ialah simbol yang digunakan untuk menyampaikan mesej tentang filem tersebut. Hal ini dapat dilihat melalui warna, jalinan seni dan reka bentuk yang dihasilkan dalam poster. dengan wujudnya simbol yang menarik inilah adanya daya tarikan terhadap audien yang melihat poster tersebut untuk menonton cerita filem yang digambarkan dalam poster. Oleh itu, amat jelas bahawa dalam poster filem ini, pereka grafik sengaja menimbulkan kesan kekaguman agar siapa pun yang melihat filem demikian berasa takjub akan cerita yang bakal ditayangkan kerana ia mempunyai keunikannya yang tersendiri.

9.0       DOMINASI WATAK

Dominasi watak dalam poster merupakan elemen yang sangat penting dalam poster dan filem tersebut. Dominasi watak memainkan peranan yang sangat penting bagi menarik perhatian para penonton, kerana ada sumber watak-perwatakan yang menarik, yang bakal disampaikan kepada para penonton. Oleh itu, dominasi watak yang terdapat dalam poster adalah watak Maya Karin.
            Seterusnya, dominasi watak dalam poster tersebut adalah Maya Karin. Manakala, Maya Karin yang memegang watak utama dalam filem Puntianak Harum Sundal Malam II, memainkan banyak peranan dalam filem tersebut sebagai Meriam sebagai ibu, Maria sebagai anak. Di samping itu, watak Maya Karin juga banyak memainkan peranan sebagai wanita tercantik di kampung dan wanita rebutan.
            Hal ini kerana, Maya Karin memegang gelaran sebagai seorang Primadona Gamelan, dan disebabkan itu Maya Karin menjadi watak seorang perempuan rebutan di antara Danial dan Marsani. Namun begitu, Maya Karin lebih memilih Danial sebagai peneman hidup dan kemudian memiliki seorang anak, namun begitu jodoh  mereka tidak panjang, kerana semasa mengandungkan Maria, Maya Karin telah ditemui meninggal di halaman rumah.


10.       KESELURUHAN
            Secara keseluruhannya, poster Pontianak Harum Sundal Malam 2 menunjukkan penggunaan jenis tulisan yang menarik perhatian audiens. Penggunaan jenis tulisan pada filem Pontianak Sundal Malam 2 amat sesuai bagi sesebuah filem seram kerana penggunaan warna Putih manakala penggunaan latar belakang yang berwarna putih menegaskan lagi warna tulisan tersebut.  Selain itu, latar belakang yang digunakan adalah imej kuda kepang. Kuda kepang merupakan salah satu simbolik dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam 2.
            Keindahan sinematografi yang menjadi kekuatan pada aspek visual filem ini agak jelas. Pengambilan shot-shot yang indah di dalam jalan ceritanya amat bersesuaian dengan filem tersebut. Dari aspek penceritaan dan subjek, ceritanya lain daripada yang lain dan diolah dengan cara yang tersendiri. Isunya terlalu besar untuk dimuatkan dalam jangka masa dua jam tayangan. Maka kekeliruan jelas berlaku apabila menonton filem ini. Berbanding Pontianak Harum Sundal Malam banyak persoalan-persoalan yang tergantung dan diperjelaskan dalam edisi kedua ini. Siapa Maria, mengapa Maria tidak tua dan terlalu muda untuk menjadi anak Meriam dijawab dalam edisi ini. Namun begitu, menurut Nizam Zakaria, filem ini agak bercelaru. Tetapi kecelaruan yang ada di dalam filem ini berlaku kerana pembikin filem itu sendiri keliru dengan naratif filemnya. Sebagai contoh, terdapat satu adegan di mana Pontianak muncul pada waktu siang, tiba-tiba sahaja syot berubah kepada waktu malam.
            Di sini kita tidak nampak kesinambungan cerita sama sekali. Hal ini memperlihatkan seperti jalan ceritanya seakan-akan tidak logik. Menurut Nizam Zakaria lagi, rasa seram kepada Pontianak terus hilang kerana pontianak tidak lagi menjadi satu perkara yang ditakuti penonton. Pontianak selalu sahaja muncul. Ini agak berbeza pada Pontianak versi pertama yang muncul jarang-jarang dan kemunculannya memberikan sedikit elemen yang mendebarkan. Satu kelainan yang dibawa dalam filem ini apabila Pontianak juga muncul pada waktu siang lalu cuba menukar persepsi masyarakat yang Pontianak hanya muncul pada waktu malam.
            Maya Karin telah memberikan mutu lakonan yang agak baik berbanding edisi pertama. Jelas kelihatan perbezaan emosi, perwatakannya dalam watak-watak yang beliau lakonkan. Persembahan lakonan Maya Karin berada pada kelasnya yang tersendiri. Cara beliau bermain dengan emosinya yang penuh dengan dendam menimbulkan elemen seram dan mampu membangkitkan perasaan hiba pada penonton. Keinginannya untuk mendapatkan kembali haknya dan dalam perjalanannya mendapatkannya Maya telah berjaya menarik penonton untuk sama-sama terheret dalam melodrama yang telah beliau cipta. Pontianak Harum Sundal Malam 2 telah lulus tanpa sebarang potongan dan diklasifikasikan sebagai U.
            Filem ini sebenarnya membawa penonton untuk terus tidak tertipu dengan adegan seram mimpi yang dibawakan dalam versi pertama. Sebagai pelayar internet yang tegar, kemudahan mencapai internet melalui laman web rasmi yang dibangunkan untuk filem ini merupakan sebagai pelengkap kepada filem ini. Maklumat-maklumat yang terdapat dalam laman web rasmi filem ini begitu berguna kepada penggemar filem Melayu untuk lebih mendalami selok-belok pembikinan filem tersebut. Maklumat berkenaan rekaan set, tatarias busana serta maklumat-maklumat teknikal berkenaan filem tersebut terkandung untuk para pelayar internet.



                                                                                                                      

No comments:

Post a Comment

NURFADHILAH BINTI HABIBUL BA15161041

PUISI-PUISI GRAFIK KATA KATA HIKMAH BERITA RABU,  25 April 2018   – Kota Kinabalu: Sebanyak RM5 juta bajet  Kerajaan negeri d...