KATA KATA HIKMAH
BERITA
RABU, 25 April 2018 – Kota Kinabalu: Sebanyak RM5 juta bajet Kerajaan negeri dibawah Peruntukan Khas Bajet kepada
anak-anak Sabah yang melanjutkan pengajian di peringkat institusi pengajian
tinggi (IPT). Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk
Seri Panglima Masidi Manjun.yang hadir mewakili Ketua Menteri Tan Sri Musa
Aman, peruntukan sebanyak RM4 juta diberikan kepada anak-anak Sabah manakala
selebihnya diberikan kepada 1,079 pelajar yang menuntut pengajian di 90 buah
IPT Semenanjung dan Sabah Sarawak.
Dalam tBeliau juga berkata bahawa
seramai 4,184 orang pelajar mewakili 18 Institut Pengajian Tinggi di Sabah
layak mendapat bantuan yang diberikan. Di IPTA Sabah, masing-masing mendapat
bantuan iaitu sebanyak RM 1,504,800 diberikan kepada 1584 pelajar UMS,
RM390,450 diperuntukkan kepada 411 pelajar UITM, RM534,850 diperuntukkan kepada
563 pelajar Kolej Politeknik, RM76,000 kepada 80 orang pelajar Kolej Risda dan
RM251,750 kepada 265 pelajar Kolej Yayasan Sabah.
Selain itu pula, IPTS Sabah, masing
-masing mendapat bantuan iaitu sebanyak RM90,800 kepada 104 pelajar Uni College
Foundation, RM 105,450 kepada 111 pelajar Asian Tourism College, RM197,600
kepada 208 pelajar Sidma College, RM66,500 kepada 70 pelajar CosmoPoint
College, RM126,350 kepada 133 pelajar Unitar, RM168,150 kepada 177 pelajar Asia
Metropolitan dan RM94,050 kepada 99 pelajar North Borneo Uni College.
Selain itu juga, pengagihan
diteruskan iaitu sebanyak RM14,250 kepada 15 pelajar Inti College, RM67,450
kepada 71 pelajar Kiara college, RM14250 kepada 15 orang pelajar Mahsa College,
RM12,350 kepada 13 pelajar Almacrest International College, RM9,500 kepada 10
pelajar Kinabalu Conventional College dan akhir sekali RM8,550 kepada 9 pelajar
MSU College.
DaLam teks ucapan, beliau juga
menasihat pelajar agar terus berjuang untuk membina Sabah dan menjadikan Sabah
sebuah Negeri idaman di seluruh Malaysia dan pastinya akan berjaya.
Turut hadir sama pada majlis itu,
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman dan Naib Canselor
UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin.
Kota Kinabalu 21 Mac 2017: Seorang mahasiswi di Universiti Malaysia Sabah (UMS)
telah menjadi mangsa perkosa lima orang lelaki awal Sabtu lalu sebelum
ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di Odec UMS.
“Hal ini disebabkan kurangnya kawalan yang ketat di kawasan Odec UMS bahagaian keselamatan
sehingga menyebabkan kes ini berlaku.” Kata Ketua Polis Kepayan, Nazri Jamiri.
Menurutnya, mangsa sedang bersendirian di Odec UMS kira-kira
pada pukul 7.15 minit malam untuk bersiar-siar setelah
Katanya lagi, mangsa yang berumur 23 tahun itu ditarik masuk
ke dalam kereta dan dan ditinggalkan di tepi pantai Odec UMS sejurus diperkosa
di dalam kereta tersebut.
Kenyataan poli tersebut juga melaporkan pihak yang
berkuatkuasa percaya kejadian itu melibatkan suspek yang berusia dalam
lingkungan 20-an yang bekerja sambilan memandu Grabcar secara berkumpulan masih
tidak diketahui identiti mereka dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376
Kanun Keseksaan iaitu merogol.
Maklumat mengenai kejadian itu ber
Pihak berkuasa setakat ini masih lagi menunggu laporan
pemeriksaan doktor di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu.
BERITA : KETERHADAN TEMPAT LETAK KERETA PELAJAR DI UMS
KOTA KINABALU, SABAH. 5
OKTOBER 2018, Ratusan pelajar yang
membuat aduan kepada bahagian keselamatan kerana mendapat surat saman daripada
pihak keselamatan Universiti Malaysia Sabah. Hal yang demikian ekoran kerana
pelajar meletak kenderaan bukan di tempat letak kereta pelajar. Namun begitu,
sebilangan pelajar mengadu bahawa tempat letak kereta yang disediakan di dalam
kolej kediaman mahupun di fakulti tidak seimbang dengan bilangan kereta pelajar
yang menggunakan pelekat kereta pelajar Unoversiti Malaysia Sabah. Selain
daripada itu, pihak universiti juga mendapati bahawa terdapat kenderaan yang
meletak kenderaan di tempat letak kereta tanpa menggunakan pelekat yang
berdaftar.
Salah
satu sebab kerterhadan tempat letak kerets juga adalah kerana orang awam
meletak kenderaan di tempat letak kenderaan pelajar sehingga menyebabkan
kenderaan yang berdaftar meletak kenderaan mereka bukan di tempat letak
kenderaan yang sepatutnya.
Ekoran
daripada hal tersebut, pihak Universiti mencari solusi iaitu mengehadkan
pengambilan pelekat kereta pelajar yang berdaftar dengan melarang pelajar tahun
satu membawa kenderaan sendiri agar masalah tersebut dapat diatasi dengan
segera.
VIDEO SPARKOL
No comments:
Post a Comment