KATA-KATA HIKMAH

BERITA
Pelajar
UMS Dijumpai Dalam Keadaan Tidak Sedarkan Diri
UMS
Sabah : Seorang pelajar wanita Universiti Malaysia Sabah iaitu Alina yang
belajar dalam jurusan Akuakultur, telah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan
diri tanpa seutas benang yang meliputi dirinya, pada hujung minggu iaitu 18 FEB
2018. Alina telah ditemui oleh beberapa orang kakitangan Jabatan Pertahanan
Awam yang bertugas di Odec, setelah dilaporkan oleh beberapa orang pelajar yang
mengatakan mereka terdengar seperti bunyi jeritan dan meraung meminta tolong,
dan kemudian senyap disebabkan itu
mereka berasa pelik dan membuat keputusan untuk melaporkan kejadian tersebut.
Ketua
Polis Daerah Likas, Mohammad Borromeo Matthew berkata, siasatan awal mendapati
bahawa mangsa telah dikatakan keluar seorang diri ke Odec untuk bersiar-siar.
Namun begitu, rakan sebilik beliau berasa pelik apabila beliau tidak kembali ke
bilik selepas beberapa jam dan mereka mengambil keputusan untuk pergi ke Odec.
Pada
5 petang, hari yang sama, Alina telah didatangi oleh tiga orang rakan sekelas
beliau, dan mereka mengajak beliau untuk pergi ke kereta dan berborak di sana. Ketika tiba di sana tiga lelaki
tersebut kelihatan membawa minuman dan makanan untuk mereka berempat katanya.
Beliau
berkata, setelah mangsa berada dalam kereta dan berborak, secara tiba-tiba
terdengar beberapa jeritan meminta tolong daripada mangsa dan kemudian
terdengar bunyi hentakan dan setelah itu tiada suara kedengaran lagi. Setelah
beberapa jam kemudian, tiga orang lelaki tersebut meninggalkan odec setelah
mereka pergi ke bahagian yang gelap.
Seterusnya,
mangsa ditemui oleh anggota Pertahanan Awam setelah beberapa orang pelajar yang
berasa curiga dengan tiga lelaki tersebut. Kemudian pencarian suara tersebut
dilakukan dan kesemua mereka terkejut apabila mendapati keadaan Alina yang
teruk.
Menurutnya,
ketiga-tiga suspek yang berusia dalam lingkungan 22 tahun tersebut ditahan mengikut
seksyen 375, Kanun Keseksaan kerana merogol secara berkumpulan.
Kota
Belud, Sabah : 23 Mac 2018. Datuk Seri
Ahmad Zahid Hamidi, menjalankan sebuah lawatan di Kota Belud, Sabah. Lawatan
tersebut, dilakukan sempena pilihan raya yang akan berlaku pada bulan awal May.
Dalam lawatan tersebut, Datuk Seri menjanjikan akan memasukkan semula perkara
tentang perkara, yang terlepas pandang dalam perjanjian MA63, terhadap Sabah.
Lawatan
tersebut telah diadakan bertempat di Kampung Kesapang Kota Belud, yang turut
dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Yang
Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Menteri di Jabatan Perdana
Menteri yang juga Anggota Parlimen Kota Belud Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan,
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Timbalan
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, juga berjanji akan memantau
pelaksanaan perjanjian MA63, terhadap rakyat Sabah dan mereka tidak akan
mengecewakan rakyat Sabah. Tambahan lagi, Datuk Zahid Hamidi, menegaskan
penggunaan slogan bagi parti BN “Janji ditepati” dan dengan ini, beliau
mengatakan untuk kita tidak risau, kerana mereka akan berusaha sekeras mungkin
untuk melaksanakan perjanjian MA63.
SANTAI PUISI BERSAMA NUMERA
UMS
Sabah : 14 Mac 2018, persatuan angkatan NUMERA yang diketuai oleh Datuk Dr
Ahmad Kamal (KAMALA) dan disertai oleh Pak Amir, Umar Uzair, Shirley Idris dan
Dato Dr Nashuha Jamidin dan wakil dari DBP Sabah. Lawatan mereka ke Fakulti
Kemanusiaan Seni dan Warisan, bahagian Blok Seni bertempat di Studio Teater
Ahmad Nisfu. Lawatan mereka ke UMS telah menunjukkan perasaan cinta mereka
terhadap sastera dan sekali gus menunjukkan keprihatinan mereka terhadap para
mahasiswa dan mahasiswi Sabah dalam berkongsi ilmu tentang sastera.
Sepanjang
lawatan mereka ke UMS, setiap daripada mereka telah mendendangkan hasil karya
mereka tersendiri, seperti sasterawan termuda iaitu Umar Uzair telah
mendendangkan puisinya yang bertajuk Cenderawasih yang diaplikasikan dalam
bentuk nyanyian. Manakala, sebagai satu-satunya seorang sasterawan Wanita yang
menyertai lawatan tersebut Shirley Idris turut mempersembahkan karyanya dalam
bentuk tarian tradisional indonesia dengan budaya kaum Minangkabau yang
bertajuk Bahasa Bertamsilkan Dosa.
Seterusnya,
sasterawan yang tertua iaitu Pak Amir telah membuat persembahannya dengan karya
Mim40 seperti dalam bentuk tilawah Alquran yang sangat menyayat hati, kerana
terdapat banyak unsur tersirat dan tersurat melalui ayat-ayat yang dilafazkan.
Setelah
selesai membacakan karya-karya mereka tersendiri, para pelajar diberi peluang
melakukan sesi bersoal jawab dengan sasterawan NUMERA, dan melalui sesi
tersebut banyak ilmu yang dapat dimanfaatkan oleh para pelajar yang menyertai
lawatan tersebut.
VIDEO SPARKOL
No comments:
Post a Comment