KATA KATA HIKMAH
BERITA
SASTERAWAN-SASTERAWAN
INGIN BERMASYARAKAT
Di
Universiti Malaysia Sabah pada 15 mac 2018, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah
[KAMALA] Sasterawan negara ke 11 serta saterawan dari Persatuan Nusantara
Melayu Raya [NUMERA] telah berkunjung ke UMS bertujuan memperkenalkan secara
terbuka atau bermasyarakat mengenai dunia kesusteraan. Program ini dijalankan
di fakukti seni yang bertempat di Studio Ahmad Nisfu. Pelajar-pelajar yang
menyertai merupakan dari program seni kreatif penulisan tahun dua dan tahun
akhir.
Para
sasterawan telah memdeklamasikan sajak dan puisi-puisi mereka mengikut cara
masing-masing. Umar uzair mendeklamasikan puisinya secara menyanyi, Shirley
Idris membaca puisi sambil menari berkonsepkan musik tradisi. Menurut para
Sasterawan mereka akan menjelajah dan memperkenalkan dunia kesusteraan ini
kepada masyarakat yang kurang mengetahui
mengenai dunia Sastera.
Walaupun
para sasterawan sudah berumur namun itu bukan menjadi penghalang mereka untuk
menjelajah dari daerah ke daerah yang lain demi memperkenalkan kepada
masyarakat diluar sana remaja khususnya.
PENYERAHAN
BANTUAN KHAS KEWANGAN PELAJAR IPT ANAK-ANAK SABAH
Di
Universiti Malaysia Sabah pada 25 April 2018 hari rabu pelajar-pelajar
Institusi Pengajian Tinggi [IPT] anak-anak Sabah telah menerima bantuan Khas
daripada kerajaan Negeri Sabah. Majlis penyerahan bantuan telah diadakan Dewan
Kuliah Pusat pukul 9 pagi. Pelajar-pelajar yang terpilih menerima bantuan
sebanyak RM950 seorang. Majlis yang dirasmikan oleh YAB Tan Sri Datuk Seri Panglima
Musa Haji Aman ketua menteri Sabah tidak dapat menghadirkan beliau telah
menghantar wakilnya Datuk Seri Masidi Manjun
menteri pelancongan kebudayaan dan alam sekitar. Turut hadir wakil
daripada IPT dan IPTS menerima bantuan khas itu.
Menurut
Datuk Seri Masidi Manjun, bantuan khas untuk anak-anak Sabah sebanyak 4 juta
ringgit. Katanya lagi, peruntukan ini merupakan jasa dari YAB Tan Sri Datuk
Seri Panglima Musa Haji Aman ketika membentangkan dalam parlimen untuk
meringankan beban pelajar IPT dan IPTS anak-anak Sabah.
Bantuan
khas akan dikreditkan ke dalam akaun
pelajar-pelajar sehari selepas majlis
penyerahan bantuan itu. Pelajar-pelajar sangat teruja dengan bantuan yang di
terima kerana dapat meringankan beban mereka.
PENGUNJUNG
DARI CHINA MEJADI MANGSA ROGOL SEKUMPULAN PELAJAR UMS
Kejadian kes rogol yang berlaku di ODEC UMS pada
21 Januari 2018 telah menggemparkan penduduk Sabah.Seorang perempuan pengunjung
dari China telah dirogol bergilir-gilir
sekumpulan pelajar UMS . Kejadian berlaku menurut mangsa, apabila
pengunjung itu meminta bantuan untuk menangkap gambarnya dengan keadaan
matahari yang terbenam. Sekumpulan
pelajar yang dikatakan sedang berkelah di tepi pantai itu telah membawa mangsa
ke semak samun yang tidak jauh dari pantai.
Menurut
seoarang pengawai keselamatan, kejadian
berlaku seperti dirancang. Katanya dia telah diajak bersembang oleh seorang
daripada mereka lalu memberikan makanan dan menyebabkan kelekaan. Kata pegawai itu lagi, mangsa tersebut berlari kearahnya dengan keadaan mulut yang berdarah
serta baju koyak. Mangsa telah meminta
pertolongan lalu dilarikan ke hospital dengan segera.
Walaubagaimana
pun, mangsa rogol tidak dapat mengecam wajah mereka kerana keadaan waktu itu
agak gelap menyukarkan pihak tertentu mencari pelaku. Pihak keselamatan dan pihak polis bekerjasama
untuk mencari pelaku serta mereka juga meminta pelajar-pelajar UMS memberikan
kerjasama.
VEDIO SPARKOL
No comments:
Post a Comment