1.0
PENGENALAN
Menurut Frank Jeffkins, penulisan kopi adalah seni
penulisan kesan penjualan yang paling persuasive dan kuat. Manakala tulisan ini
juga adalah aneka gaya dan pendekatan yang dihasilkan dengan cara kerja keras,
melalui perancangan dan kerjasama dengan klien, staf legal, account executive.
Peneliti, dan juga pengarah seni. Selain
itu, wujud beberapa konsep perbezaan dalam pengetahuan umum penulisan
kopi ini, antaranya dari segi
pengetahuan yang terbatas mengenai produk. Selain
itu, wujud juga latar belakang pendidikan, budaya, agama, dan juga yang
paling besar adalah dari segi pemahaman politik. Seterusnya, peningkatan
keperluan yang sangat berbeza, manakala dari sudut pandangan seni pula wujud
peningkatan apresiasi kepada seni yang sangat berbeza. Terakhir penggunaan
sudut pandangan waktu, media dan juga waktu yang ingin ditayangkan dalam iklan
ataupun poster.
Frank Jeffkins juga jelas menyatakan bahawa penulisan
kopi mempunyai beberapa unsur di dalamnya. Antaranya ialah unsur ( AIDCA),
dalam unsur ini terdapat beberapa maksud di dalamnya iaitu untuk menarik
perhatian sebagai contoh dalam poster harus ada unsur tarikan perhatian untuk
menarik minat penonton terutamanya ayat yang digunakan dalam poster tersebut.
Selain itu, untuk mencipta minat ataupun untuk menimbulkan minat dalam diri
seseorang untuk melihat filem melalui poster yang dipasarkan. Seterusnya unsur AIDCA juga membawa maksud
memberi keyakinan terhadap pengkritik terutamanya orang sasterawan yang gemar
untuk mengkritik hasil kerjaya seseorang. Manakala yang terakhir pula adalah
untuk mempercepatkan aksi.
Seterusnya, unsur penulisan kopi iaitu Rumus penulisan
kopi yang menerangkan tentang unsur-unsur kata yang tersirat dalam poster itu
adalah bersifat segera dan mudah untuk difahami oleh semua lapisan masyarakat.
Selain itu juga unsur ini sama dengan unsur AIDCA di mana ianya untuk menarik
perhatian penonton dan penyelidik. Seterusnya unsur ini juga untuk membawa
ataupun untuk membangunkan imaginasi positif dalam setiap pemikiran masyarakat.
Manakala yang terakhir pula ianya untuk memastikan poster yang dikeluarkan adalah
lebih efektif dan juga efisien.
Penulisan Kopi juga mempunyai gaya bahasa dan juga jenis
yang tersendiri antaranya adalah eksploratif. Eksploratif membawa maksud ialah
mengulas dengan lebih mendalam ataupun lebih teliti apa produk yang ingin
dikeluarkan dan juga untuk menerangkan dengan lebih mendalam tentang produk
yang ingin dipasarkan sebagai contoh poster yang dikeluarkan mempunyai
kata-kata yang kuat iaitu yang lebih tepat dan juga benar. Selain itu, juga eksploratif
juga membawa maksud penggunaan kata-kata
dalam satu produk tidak boleh memberi dua makna yang berbeza.
Seterusnya, gaya dan juga jenis penulisan kopi yang kedua
adalah naratif. Naratif ini membawa maksud menghuraikan ataupun dengan lebih
jelas adalah menerangkan dari awal sehingga akhir tentang produk yang ingin
dipasarkan dalam bentuk cerita. Manakala gaya bahasa yang digunakan untuk
menerangkan produk yang ingin dipasarkan
adalah lebih menarik dan juga muda untuk difahami. Selain itu, pemilihan kata
yang mengandungi unsur imaginasi untuk memastikan orang yang membaca atau
melihat produk itu dapat membayangkan apa yang sebenarnya yang ingin
disampaikan. Namun maksud dan juga apa yang ingin disampaikan haruslah tidak
bercanggah dan juga tidak lari dari topik yang ingin disampaikan.
2.1 Sorotan
Literatur Oleh Azdriana
Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut
perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta.
Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin
berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta. Sifat Cinta itu suci, mahal dan
tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah
cinta sebenar cinta. Cinta wujud sejak dilahirkan. Rasa cinta sedia wujud di
dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui
tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa
kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka
akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat
dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
Cinta Bersedia, bila sampai masanya di setiap tahap-tahap
cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada
mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi
rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling
memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah
diri pada yang dicintai. Cinta Itu Indah. Walaupun kewujudan cinta tidak bisa
dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia
bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih
bersih. Cinta Itu Mengharap Balasan. Cinta antara manusia itu berkehendak
kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang
asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah
bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali.
Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya
menerima tapi juga menerima.
Cinta Itu Menakluki Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia
mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya
dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan
dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang
bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia
boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu
apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan
peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
Cinta Itu Hidup, boleh berputik, lalu mekar serta boleh
layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,
berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu,
gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai
satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal
selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati. Cinta Itu Suci
.Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan
bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya
cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,
ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba
mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna
menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta
suci jadi bernoda dan berdosa.
Cinta Itu Mempesona. Cinta itu bukan saja indah, tapi
mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan
bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan
saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat
cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya mempersonakannya dan nampak cantik
serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri.
Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang
bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan
oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat
kepada Tuhan Maha Pencipta.
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti
cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.
Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya.
Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu, apakah
yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan
pengorbanan anda? Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih
yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana
sucinya cinta itu sendiri.”
2.2 Sorotan Literatur Oleh Suharyanto Arby
Cinta menurut pandangan Islam
merupakan kasih sayang yang terjalin antara sesama hamba Allah. Seperti halnya
cinta manusia terhadap pencipta-Nya, cinta antara orang tua dengan anak dan
sebaliknya, istri dengan suami dan sebaliknya, adek dengan kakak dan
sebaliknya, sesama saudara, dan lain sebagainya. “Dijadikan indah pada
(pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu:
wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda
pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di
dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik.” (QS. Ali Imron : 14)
Cara Islam Memandang Cinta. Bukanlah
Allah telah menciptakan manusia untuk hidup berpasang – pasangan dan saling
melengkapi antara satu dengan yang lainnya. Di dalam Al Quran terdapat firman
Allah mengenai hal ini : “Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia
menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung
dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan
sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda
bagi kaum yang berpikir.” (Ar-Ruum: 21) “Dan nikahkanlah orang-orang yang
sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (menikah) dari hamba
sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin,
maka Allah Swt akan mengkayakan mereka. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) dan
Maha Mengetahui.” (An Nur: 32) “Dan segala sesuatu kami jadikan
berpasang-pasangan, supaya kamu mengingat kebesaran Allah.” (Adz Dzariyaat: 49)
Cinta menurut pandangan islam bisa dikatakan seperti halnya keimananan, yakni
yang sudah diyakini dalam hati, kemudian diucapkan dengan lisan, dan juga sudah
dibuktikan dengan perilaku.
Diyakini dalam Hati. Maksudnya
disini cinta itu bisa datang tapi bukan karena adanya dorongan nafsu belaka.
Tetapi, cinta itu bisa datang karena ada iman dari dalam diri sehingga akan
mengutamakan akhlak yang mulia dan juga tingkat ketaqwaan kepada Allah Swt.
Pada dasarnya cinta yang berlandaskan nafsu tidak akan lama untuk bertahan,
tidak mendatangkan kebahagiaan dan juga ketentraman dari dalam jiwa, melainkan
hanya akan merasakan kesengsaraan serta suatu kehinaan yang berlangsung secara
berkepanjangan.
·
Diucapkan dengan lisan
Maksudnya disini cinta hanya akan
diucapkan secara langsung kepada seseorang yang memang benar-benar kita cintai.
Hal tersebut juga termasuk dalam kategori sunnah karena Rasulullah Saw sendiri
memberikan anjuran untuk melakukannya.
Meskipun
demikian tetap ada aturan mainnya, yakni rasa cinta yang kita rasakan hanya
boleh diucapkan kepada seseorang yang memang sudah menjadi mukhrim (halal),
sahabat atau teman yang shalih, dan yang perlu anda perhatikan serta menjadi
hal paling penting ialah rasa sayang kepada orang tua.
·
Dibuktikan dengan perilaku
Tanpa adanya bukti dan suatu
tindakan yang nyata terhadap cinta yang kita rasakan, itu artinya kita tidak
sungguh – sungguh mencintai seseorang. Karena Rasulullah saw sendiri pernah
memberi suatu penjelasan bahwa apabila ada seorang laki-laki mengaku mencintai
seorang perempuan, maka ia wajib segera melakukan niat baiknya tersebut dengan
langsung melamarnya untuk dijadikan seorang istri.
Hal yang demikianlah merupakan
bentuk nyata dari sebuah pembuktian yang dilakukan karena adanya cinta. Apabila
memang kita benar-benar sudah yakin menyukainya, segerakanlah untuk menikahinya.
Namun jika belum merasa mampu untuk
melaksanakannya, maka sebaiknya sementara waktu berpuasa atau menahannya, yakni
dengan cara mengontrol hawa nafsu dan rasa cintai yang ada dengan berdiam
terlebih dahulu. Semua itu dilakukan hanya demi menjaga kesucian diri kita
sendiri dan juga khususnya kesucian wanita yang kita cintai.
Cinta
yang sesungguhnya bukanlah sebuah kata yang murah dan tidak bisa dianggap
lumrah untuk diucapkan dari mulut satu ke mulut lainnya. Namun cinta sendiri
merupakan suatu anugerah dari Allah Swt yang akan terasa sangat indah dan tentu
saja suci apabila manusia itu sendiri bisa menganggapnya sebagai nilai dari suatu
kesucian.
Islam sendiri sangat menjaga dan
menghargai arti dari kesucian cinta, sehingga di dalamnya tidak ada ajaran atau
pun istilah melakukan pacaran terlebih dahulu. Sebenarya tidak perlu melakukan
pacaran, karena pada dasarnya jodoh memang sudah diatur oleh Allah Swt.
Yang menjadi poin utama ialah kita
melakukan introspeksi dan menata diri kita sendiri untuk menjadi seorang
pribadi yang tentunya lebih baik, dan selanjutnya insya Allah jodoh yang kita
inginkan pun akan baik. Allah Swt akan memberikan kepada kita seorang pasangan
yang selaras dengan diri kita. Apabila kita ingin mendapatkan pasangan yang
baik, maka berusahalah untuk menjadi pribadi yang baik. Hal ini seperti pada
penjelasan firman Allah yang ada di Al Quran berikut ini :
“Perempuan-perempuan yang keji untuk
laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang
keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik
dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu
bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki
yang mulia (surga).” (QS An-Nur : 26)
Adapun jika pasangan yang kita
dapatkan ternyata buruk dan tidak sesuai dengan apa yang dibayangkan, maka itu
semua merupakan suatu ujian bagi diri kita untuk menjadi hamba-Nya yang bisa
selalu bersabar dan juga selalu bersyukur.
Karena
bagi mereka yang mampu untuk bersabar dan juga bersyukur, maka merekalah yang
layak mendapatkan kenimatan hidup di surga. Cinta dikatakan baik apabila mampu
membuatmu menjadi pribadi yang lebih baik dibandingkan sebelumnya. Jika cinta
yang didapatkan ternyata justru membuat hidupmu menjadi semakin memburuk, maka
kita tidak perlu khawatir bahkan takut untuk membiarkannya pergi.
Yang menjadi harapan ialah jika kita
sedang merasakan jatuh cinta, maka cintakanlah kita wahai Allah Swt kepada
seseorang yang mempunyai kemantapan hati melabuhkan cintanya hanya kepada-Mu
sehingga nantinya akan bisa membantu menambah kekuatanku dalam upaya untuk
mencintai-Mu.
Selanjutnya
lindungi dan jaga rasa cintaku ini untuknya agar level tersebut tidak melebihi
rasa cintaku kepada-Mu. Semoga kita semua termasuk dalam golongan hamba-hamba
Allah yang sanggup dan mampu untuk menjaga kesucian diri sendiri dengan
berlandaskan agama dan tentunya menjunjung tinggi semua aturan mengenai cinta
dalam islam yang sudah ditetapkan sesuai dengan porsinya masing – masing.
Selalu ingatlah dan peringatkan
kepada diri kita bahwa cinta sejati itu sesungguhnya hanyalah milik Allah Swt
Pencipta alam semesta. Cinta kepada manusia secara berlebihan hanya akan
membuat goresan luka yang teramat dalam, maka untuk itu landaskanlah cinta
antar manusia hanya karena Allah.
Cinta
karena Allah yang seperti inilah merupakan sebuah cinta yang nantinya akan
membuatmu menjadi semakin dekat dengan Allah Swt. Dengan demikian cinta
seseorang yang hidup bersamamu akan bisa merasakan dan mencicipi keindahan
serta manisnya sebuah keimanan.
Pada saat cinta mulai hadir dan hal
itu hanya muncul sebagai sebuah rasa sakit semata, maka hal tersebut berarti
belum bisa dikatakan sebagai sebuah cinta sejati. Karena jika cinta sejati
memang benar-benar hadir di kehidupan kita, maka hanyalah sebagai suatu
kebahagiaan yang terasa sangat indah.
Selanjutnya carilah cinta jika kita
sudah bersamanya maka secara otomatis akan bertambah keimananmu, kemuliaan
serta kehormatan dirimu sendiri. Jatuhkan dan labuhkan cintamu hanya kepada
seseorang yang memang layak, mampu dan juga siap untuk menerimanya.
Setelah itu jangan biarkan cintamu
berlabuh dan jatuh kepada orang yang memang belum layak, mampu dan siap
sehingga hal yang buruk bisa terjadi seperti contohnya jatuh ataupun pecah
menjadi berkeping-keping di hatimu.
Dapat
diambil kesimpulan bahwa artikel mengenai cinta menurut pandangan Islam di atas
yang diulas secara detail dan dikemas dengan menarik, diharapkan bisa membantu
memudahkan dalam mempelajari serta memahaminya lebih dalam lagi.
Sehingga nantinya mungkin bisa
dijadikan sebagai bahan referensi yang bisa diterapkan dalam kehidupan sehari
–hari dan menambah wawasan bagi anda.
2.3 Sorotan
Literatur Oleh Syahidulhaq
Cinta adalah emosi yang berawal dari
rasa kasih sayang yang sangat kuat dan ada ketertarikan pada suatu objek, bisa
manusia, hewan, tumbuhan, dan berbagai macam benda lainnya. Cinta itu akan
menyebabkan kamu memiliki rasa untuk empati, perhatian, kasih sayang, dan
cenderung ingin berkorban dan selalu ingin mengikuti apapun yang diinginkan
oleh objek yang dicintai. Sebenarnya cinta itu sendiri sangatlah susah untuk
didefinisikan, karena cinta itu merupakan sifat yang subjektif dan setiap orang
pastinya memiliki penjelasan yang berbeda-beda, itu tergantung dari pengalaman
yang pernah dialami dan cara menghayatinya. Tetapi, umumnya cinta itu merupakan
sebuah perasaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada sepasang manusia agar
mereka saling memiliki, saling mengerti, saling memenuhi dan saling mencintai.
Karena kita sebagai manusia, maka
definisi apa itu cinta tidak jauh dari perasaan seseorang terhadap lawan
jenisnya karena ketertarikan terhadap sesuatu. Sesuatu disini maksudnya bisa
melalui wajah, sifat atau lainnya. Pada umunya juga, perasaan cinta itu
diungkapkan kepada, Keluarga, Teman-teman, Kekasih yang lawan jenis, Sesama
manusia, Terhadap dirinya sendiri, Terhadap agamanya, Terhadap sebuah konsep
tertentu, Terhadap negaranya, dan masih banyak lagi
Seperti yang disebutkan diatas bahwa
cinta itu tidak bisa dijelaskan begitu saja, akan ada banyak sekali definisi
dari cinta. Tetapi ada juga yang menyetujui tentang apa itu cinta yang
sebenarnya. Cinta itu merupakan karunia Allah SWT yang diberikan kepada
sepasang manusia agar saling memiliki, saling memenuhi ketika ada yang kurang,
saling pengertian dan tentu saja saling mencintai. Cinta adalah perasaan
seseorang terhadap lawan jenis, penyebab ketertarikan tersebut karena ada
sesuatu yang dimiliki oleh lawan jenis tersebut (seperti wajah, sifat dan
lainnya). Cinta itu merupakan sebuah perasaan yang hangat sehingga membuat kamu
sadar bahwa berharganya kamu, sehingga kita juga sadar ada berharga juga yang
harus dilindungi. Rasa cinta tidak ada yang tahu kapan dia datang dan kapan dia
pergi, bahkan sang pemilik perasaan tersebut. Cinta itu banyak sekali artinya,
yang penting adalah bagaimana kamu menempatkan rasa cinta itu dalam kehidupan
sehari-hari.
Arti Cinta dalam Ilmu Psikologi.
Dalam ilmu yang resmi yaitu psikologi, cinta itu dibagi menjadi 3 bagian yaitu
cinta karena nafsu, cinta pragmatis dan altruistik. Cinta Karena Nafsu Cinta
itu mengakibatkan ada perasaan yang membuat kamu tidak bisa mengontrol emosi,
sehingga emosi tersebut mengontrol akal sehat seseorang yang menyebabkan
terjadinya kelakuan-kelakuan secara spontan hasil dari rangsangan emosi yang
berlebihan. Cinta Pragmatis Cinta pragmatis adalah cinta yang menyeimbangkan
antara dua orang, rasa suka maupun duka menjadi penyeimbang rasa cinta. Cinta
Altruistik Cinta ini terjadi biasanya antara seorang ibu dengan anaknya, antara
rasa cinta disertai dengan rasa kasih sayang yang tidak ada batasnya. Walaupun
ibu kita selalu terlihat kesusahan mengurusi kita, tetapi dia tetap sayang
kepada kita. Cinta ini datang dari rasa emosional dan rasional, cinta ini tidak
bisa diperkirakan kedatangannya. Permisalan lainnya adalah rasa cinta yang
datang karena pandangan pertama, walaupun kamu belum tentu bisa memilikinya
bahkan membuatnya bahagia tetapi kamu masih dapat mencintainya.
Beliau Syeikh Buty Rahimahullah menjawab:
“Cinta itu adalah perasaan yang masuk dalam
hati tanpa sengaja, persis seperti lapar, haus dan perasaan lainnya, perasaan
seperti itu tidak masuk dalam halal-haram, selama tidak ada implementasi dengan
tindakan-tindakan negatif.”
2.4 Sorotan Literatur Oleh Busyar Mustpha
Basyar
Mustapha sedar anak muda dan perasaan cinta tidak dapat dipisahkan, tetapi
perlu mengenali dan jelas mengenainya. Kita semua tahu cinta itu satu aspek
yang besar dalam hidup. Tidak kiralah apa latar belakang kita, perasaan cinta
itu wujud dalam diri dan memainkan peranan besar. Tanpa perasaan kepada insan
lain tidak kiralah keluarga atau pun individu lain, ada yang membayangkan kita
bagaikan makhluk yang bernyawa, namun tidak sempurna jiwanya. Namun, apa itu
cinta sebenar dan apakah yang membuatkan cinta anda dalam landasan betul.
Mungkin pandangan dikumpulkan daripada beberapa pakar motivasi dan ahli
falsafah ini dapat merungkainya.
·
Cinta bukan Manipulasi
Cinta tidak bererti kita boleh mengambil
kesempatan ke atas orang lain. Jika kita mencintai seseorang atau dia mencintai
kita, tidak perlu memaksa mereka melakukan sesuatu di luar kemampuan atau
kehendak mereka. ‘Kalau awak cinta saya awak kena buat itu atau ini...’ salah
satu petanda ia bukan cinta ikhlas.
·
Perlu berpura-pura
Orang yang benar-benar mencintai kita
boleh menerima diri kita seadanya dan tidak mahu kita berubah fizikal atau
pegangan hidup mengikut acuannya. Adaptasi, cuba memahami dan ikut rentak itu
boleh tetapi bukan sesekali berubah menjadi orang lain yang bukan diri kita
sendiri dan melakukan perkara bukan kemahuan kita.
·
Keganasan
Perasaan kasih sayang, rajuk dan cemburu
adalah biasa dalam bercinta namun ia bukan tiket untuk kita atau si dia
melakukan kekerasan apatah lagi keganasan kepada pasangan. Sama ada penderaan
emosi apatah lagi fizikal, jika berlaku dalam percintaan, ia bukan cinta yang
betul dan perlu dijauhi.
·
Dikuasai nafsu
Tarikan fizikal itu lumrah dalam cinta
dua insan bukan mahram namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk menjadi
teras dalam hubungan. Cinta bukan berlandaskan nafsu semata-mata kerana ia
bukanlah segala-galanya. Kita perlu tahu adakah hubungan itu berdasarkan nafsu
semata-mata atau kasih sayang ikhlas dan komitmen sebelum terus melaluinya.
·
Cinta itu ambil berat
Cinta
adalah apabila kita mengambil berat terhadap individu lain tidak kiralah
kekasih mahupun keluarga. Kita mahu sentiasa tahu adakah mereka dalam keadaan
yang baik dan ikhlas. Ada untuk mereka tanpa mengharapkan sebarang balasan yang
akan diberi kemudian.
Perasaan suka
Kita
tidak boleh menipu dengan mengatakan cinta namun tidak ada perasaan suka apabila
bersama dengan si dia. Apabila kita suka berada di sisinya dan tidak perlu
menggunakan nafsu semata-mata, ia sudah cukup membuatkan kita bahagia dan tidak
mencari cinta daripada individu lain
·
Komitmen
Cinta
hadir dengan komitmen. Komitmen untuk membuat sesama sendiri bahagia dan
melalui peristiwa susah dan senang bersama. Ia menunjukan kita setia bersama
pasangan, meluangkan masa dan tenaga untuk membuat masing-masing bahagia
walaupun banyak dugaan.
·
Penerimaan
Menerima
diri sendiri dan orang lain seadanya adalah kunci utama dalam hubungan cinta
sebenar. Setiap insan adalah berbeza pendirian dan karakternya. Jika kita
benar-benar cintakan pasangan, kita dapat menerima sisi negatif mereka dan
sama-sama berubah kepada yang lebih baik tanpa kompromi jati diri sendiri.
BAHASA DAN TEXT
Seterusnya, bahasa yang digunakan dalam poster filem
Puntianak Harum Sundal Malam II, adalah Adobe Gothic Std B (size 20) dan Times
New Roman (size 11) bahasa ini digunakan dengan tujuan untuk menekankan pelakon
utama yang digunakan. Selain itu, bahasa yang digunakan bahagian Nama Pengarah,
adalah Adobe Fan Heiti Std B (size 12), bagi menunjukkan pengarah. Manakala,
untuk bahagian tajuk mereka menggunakan bahasa Adobe Devanagari (size 72) dan
Adobe Gothic Std B (size 20) bagi menekankan Tajuk Utama & menekankan
keseraman cerita tersebut.
WATAK DAN PERWATAKAN
a)
Watak utama ( Maya Karin)
Jika melihat poster dan juga filem seram Pontianak harum
sundal malam 2 ini jika tidak teliti menonton filem seram, kita pasti
tertanya-tanya siapakah Maria sebenarnya. Maria umurnya lebih muda dari Norman
dan Ana, cucu kepada Marsani. Sewaktu adegan Laila mengajar seorang anak kepada
Mariam menari gamelan ada seorang anak kecil di tepid an itulah Maria. Manakala
jika merujuk kepada poster yang dikaji pula Maria adalah anak kepada Mariam
yang telah mati dibunuh oleh Marsani akibat dari nafsu Marsani yang merasuk dan
memaksanya untuk memperkosa Mariam sehingga mereka bergelut dan Mariam ditikam
dan semua hartanya dibawa lari.
Melihat pada poster seram Pontianak harum sundal watak
yang dibawa oleh maya Karin sangat jelas di mana watak beliau adalah seorang
Pontianak yang ingin membalas dendam kepada keluarga Marsani dan mengambil
semula hak dan harta serta keluarganya yang telah lama terpisah. Selain itu
juga berdasarkan dengan poster yang dipaparkan juga maya menginginkan anaknya
semula yang dia kandungkan dan menyangka anaknya mati dibunuh malah badan yang
Mariam rasuk itu adalah anaknya sendiri tanpa dia sedari.
Pontianak atau Mariam mula merasuk setelah kuburnya
diganggu dengan kerja pembinaan dan mulalah cerita Pontianak Harum Sundal Malam
yang mahu menuntut haknya. Haknya yang telah dirampas oleh Marsani secara
paksa. Tanah dan rumah pusakanya yang telah diberikan kepada Norman dan Ana
serta barang-barang peninggalan Danial kepadanya. Pontianak juga mengamuk
kerana memperjuangkan nasib rakan-rakan dan suaminya yang telah dibunuh dengan
kejam angkara Marsani.[1]
b)
Expresi Wajah, Manusia
Berdasarkan poster yang dirujuk raut waja yang
ditonjolkan adalah waja yang mara dan menyeramkan dalam raut waja yang
ditonjolkan juga tiada menunjukan raut waja yang senyum mahupun senyuman sinis
namun hanya menonjolkan raut waja yang sangat mara untuk membalas dendam
sahaja.
c)
Watak Haiwan
Dalam poster yang ditonjolkan ada kelihatan sedikit
bayangan watak haiwan yang digunakan iaitu watak “Kuda” hal ini di mana watak
kuda ini ditonjolkan dalam filem atau poster ini kerana dalam filem yang kedua
Pontianak harum sundal malam ini kuda merupakan symbol utama dan juga ianya
dijadikan satu objek yang membantu untuk memberi kekuasaan kepada watak yang
menggunakannya.
d)
Barisan Watak Dalam Filem Pontianak Harum Sundal
Malam.
Nama
|
Pelakon
|
Ringkasan
|
Maria
|
|
Watak pontianak.
|
Meriam
|
Watak ibu
Watak anak
|
Zali/Joyo
|
|
|
Asmadi
|
|
|
Bayang
|
|
|
Ana
|
|
|
Laila
|
|
|
Tok Guru
|
Zahim Albakri
|
|
Tok Selampit
|
|
|
Zai
|
Haiza
|
|
Purnama
|
|
|
BUSANA
Gambar
1: Perhiasan
Melalui filem pontianak Harum Sundal Malam 2 memaparkan
cara pemakaian kostum tradisional dana
berlatarkan tahun 90-an. Antaranya ialah pemakaian busana Kuda Kepang. Menurut
sejarah perkembangan kuda kepang di Malaysia khususnya di Johor, kesenian kuda
kepang telah dibawa oleh penduduk yang berketurunan Jawa di Indonesia semasa
berhijrah ke negara ini. Selain membawa kesenian kuda kepang, mereka juga
membawa kebudayaan dalam bentuk pakaian Jawa.
Pakaian tersebut digunakan sebagai kostum asas kepada persembahan
kuda kepang. Pakaian penari kuda kepang
menggunakan pakaian tradisional Jawa kuno seperti lengkap memakai ketopang atau
tanjak dan memakai kain samping. Manakala seluar bagi penari dijahit dengan
menggunakan kain kempun iaitu batik jawa. Pada masa kini, tengkolok yang
digunakan oleh penari kuda kepang menggunakan dua jenis tengkolok iaitu tanjak
jawa mahupun tanjak Melayu. Kedua-dua tanjak ini dapat dibezakan melalui cara
mengikatnya.
4.0 PERALATAN
DALAM POSTER
Elemen kuda kepang yang digambarkan dalam poster
Pontianak Harum Sundal Malam adalah gabungan dari Jogjakarta, Indonesia dan
tempatan. Permainan kuda kepang
ialah tarian pahlawan berkuda yang merupakan kesenian asli
Indonesia yang berasal dari Jawa, Indonesia. Asal mula kesenian ini adalah bentuk dukungan
rakyat atas perjuangan para Pahlawan dalam mengusir penjajah Belanda yang
menindas rakyat Indonesia.
Kemudian kesenian ini tersebar dibawa oleh penghijrah ke Tanah Melayu. Permainan ini
kini merupakan salah satu permainan rakyat di Indonesia, Singapura dan Malaysia, khususnya di negeri Johor
dan biasa dimainkan di majlis perkahwinan atau di majlis keramaian. Tarian ini juga sering
dimainkan di Jawa ketika acara sambutan
perayaan, majlis perkahwinan, perayaan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan
Indonesia dan di karnival. Ia
sering juga diadakan perlumbaan antara perkumpulan tari, baik perkumpulan Tari
Reog mahupun Tari Jaranan Pegon yang masing-masing di dalamnya mempunyai tarian
kuda kepang, atau sering juga disebut kuda lumping.
Daripada ini, penggunaan kuda kepang dalam poster filem
digunakan kerana jalan cerita tersebut kebanyakan menggunakan kuda kepang.
Adegan ini dapat dilihat melalui tarian yang digerakkan oleh Marsani. Hampir
setiap babak tarian kuda kepang ditunjukkan. Selain itu, peralatan yang digunakan adalah gamelan.
Gamelan juga menjadi peralatan utama selain kuda kepang. Di mana, gamelan
merupakan alatan yang berperanan atau menghidupkan lagi jalan cerita filem
tersebut. Terakhir, peralatan menjadi penggerak kepada cerita tersebut adalah
aksesori tradisi yang menjadi lambang adat dan keturunan dalam watak utama.